Thursday, January 29, 2009




Wednesday, January 28, 2009

Sehari Di CWS





selepas punca kerosakan d temui..
rupa2nya ada sekor tikuih dah menyebabkan shorting kat street light..
habis la jugak kabelnyer tebakau..
tp itu hanya satu dari sebab musababnye masalah yg terdapat kat street light kat CWS..
yg paling utamanya..kabel bawah tanah untuk sumer street light kat CWS kena tuka baru..
dah banyak yg blow n tebakar..
hermm..besok menanti lagi kerja yg sama..
hari ni teman bnayk belajar menambahkan lagi ilmu yg ada..
ermm..banyak lagi rupanya yg teman belom tahu..
apa lagi ek..
ermm..nanti sok teman menulis lagi..
tungguuuuuuu..

Tuesday, January 27, 2009

Monday, January 26, 2009

Kerja Kerja Kerja.....

Hari pertama bekerja d tempat keje baru yg blh d katakan tempat lama jugak..dulu penah keje kat sini..berenti..then keje tempat lain..pastu keje semula kat sini..
permulaan keje d sini hari ni..teman d sambut ngan ujan yg lebat selebat lebatnya d CWS..hehehehehe..
tengah mengesan kerosakan pd street lighting..
seingat teman kerosakan lampu jalan tu..berpunca dr kabel..
dulu sebelum teman berenti keje kat CWS nu..mmg ini la masalahnya..
teman ingatkan da lama tinggalkan CWS..da satel la kot problem ni..
roper2nyer..hampeihh..hehehehehe..
besok sambung lagi..
tadi dpt detect red phase ada problem..
sampai tiang pun ada karen woooo..jgn memain..
ok..besok teman tgk apa penyelesaiannya..
tp apa yg teman tau..penyelesaian terbaiknyer ialah..gantikan semua kabel lama..
kasi ganti sama baru punya kabel..
hehehehhe..
ok..cario..
p/s:itu gambar buggy yg teman bwk tadi..dulu roda tiga..lani depa bagi guna buggy pulak..masyuukkkkkk

Beralih Arah


Dato Nasarudin yg mana sebelum ini adalah adun bota dari BN
telah menyerti pakatan rakyat..
dengan in bertambahlah kerusi dun bg pakatan rakyat d negeri perak..
pengumuman yg mengejutkan semua pihak ini termasuklah pihak BN menunjukkan betapa BN/UMNO kini semakin tdk relevan dgn perjuangan membela rakyat..
yg jelas dan nyata..BN kini dalam keadaan yg amat parah setelah kekalahan mereka d P.Pauh dan d susuli K.Terengganu..
makanya benarlah bhw ramai Adun dan juga M.P dari BN menunggu masa untuk tukar kem..kata kwn teman..hehehehehe..
mungkin juga ya..atau mungkin juga tdk..
sama2 la kita nantikan..kejutan demi kejutan..

Sunday, January 25, 2009

Apa Dah Jadi???

Assalamualaikum pelawat2 blog teman..
hari ne genap seminggu teman x post apa2 posting kat blog teman ni..
da seminggu lamaknanya teman x update blog teman ni..
bukan apa..
tengah menacri bahan2 yg nak d tulis..
semenjak kemenangan hari tu..ada la jgk dua tiga isu yg teman nak kupaskan tapi..teman pulak ada problem..
komputer riba teman buat hal pulak..dgn talian internet yg kurang menguntungkan..
ini kira nasib baik la dapat gak guna..
hari ni x ada apa pun yg nak d tuliskan..cumernyer tgh hari tadi..teman jenuh juga la isi kantung perut teman ni..
sbb kwn kawin ini hari..dpt mkn pree..hehehehe..
ada la dlm 6 station (rakan radio amatur) yg dtg sekali tadik..
hermm..lama dah jgak x jumpa rakan teman yg sorang tu tadi..
rakan radio yg hadir tadi..
9W2AFR
9W2SLJ
9W2DGG
9W2SMZ
9W2VHH
sorang lagi rakan tu teman udah lupa callsignnyer..

hermm..oklah..
hari ni x ada pa yg nak d perkatakan..walaupun sebenarnya banyak isu2 yg nak d kupaskan..
xper..ada masa lagi..
sehingga bertemu kembali..

Sunday, January 18, 2009

Hadis 40 (Tentang Akhir Zaman)

2 GOLONGAN YG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA

ertinya:
Drpd Abu Hurairah r.a berkata;Rasulullah s.a.w bersabda,"Ada 2 golongan yg akan menjadipenghuni neraka, yg belom lg aku melihat mereka.Pertama, golongan (penguasa) yg mempunyai cemeti bagaikan ekor lembu yg di gunakan untuk memukul org.Kedua perempuan yg berpakaian tetapi bertelanjang,berlenggang lenggok waktu berjalan menghayun hayunkan bahu.Kepala (Sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yg senget.Kedua dua golongan ini tdk akan dpt masuk syurga dan tdk akan dpt menciumbau wanginya.Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dr perjalanan yg sgt jauh drpdnya.

Keterangan:

Kebenaran sabda Rasulullah s.a.w dpt kita lihat dari realiti masyarakat yg ada pada hari ini.Ada golongan yg suka memukul org dgn cemeti tanpa soal siasat, bertindak kpd manusia dgn hukum rimba.Dan ramai perempuan2 yg berpakaian tetapi bertelanjang.Maksudnya kalau kita hendak katakan pun blh, krn masih ada secarik kain di atas badan, dan nak kata bertelanjang pun blh, krn walaupun berpakaian tetapi dgn hanya secarik kain shj, maka samalah dgn bertelanjang.
Atau ia berpakaian dgn pakaian yg sangat nipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat.Kemudian berjalan jalan sambil menghayun hayunkan badan dgn sanggul yg besar seperti gob unta.

Kedua dua golongan ini tdk akan masuk syurga dan tdk akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya tlh tercium dari jarak perjalanan selama 500tahun sblm sampai kepadanya.

Senyum Kambing Versi Rakyat


Kemenangan Yg Di Pinggirkan

Seperti biasa media2 perdana baik yg tercetak atau elektronik yg pro BN tdk akan mendapat liputan yg meluas di media2 mereka..
ini yg telah d jangkakan..hermm..ianya pasti d berikanliputan yg meluas yg teman rasa kalau d media cetak..habis la 2-4 muka surat tentang kemenangan mereka..
mcm2 la d tulis mereka..itu la ini la..pengundi semakinmatang la..meraka masih relevan la..macam macam la..
tpbila kalah..pun macam2 alasan yg di berikan..itu la ini la..
satu je yg mereka x sedar..kepimpinan mereka dah x relevan..
rakayat dah mula muak dgn permainan politik mereka..
rakyat dah x termakan dgn janji2 kosong..rakyat tdk boleh di tipu sesuka mereka..
pembohongan pembohongan demi pembohongan terus menjadi main mereka..
jika tdk kerana undi pos..pas mungkin akan memenangi dengan majoriti yg lebih..

Mengambang Penuh Di P036 K.T.


Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana d kurniakan kemenangan pada Calon PAS..

Sesungguhnya kemenangn ini bukan mudah..terlalu banyak rintangan dan halangan yg terpaksa di tempuh para petugas dlm kempen pilihanraya..syabas dan tahniah d ucapakan kpd seluruh jentera pilihanraya pakatan rakyat yg mana tlh berusaha untuk memenangi pilihanraya kecil ini..ternyata kenyataan PAS yg menyertai prk ini untuk menang telah menjadikenyataan..

segala penat lelah telah membuah kanhasil..kini..tanggungjawab perlu di pikul dengan penuh berhemah..setelah para pengundi memilih calon yg mereka mahukan..kini calon yg menang perlu berbakti kpd pengundi..

Di harap..Y.B yg baru di pilih ini dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang yg telah d amanahkan oleh pengundi..

selamat maju jaya Y.B.


Membangun Bersama Islam..


Allahhuakhbar..

Allahhuakhbar..

Allahhuakhbar..

Friday, January 16, 2009

Hadis 40 (Tentang Akhir Zaman)

Menggadai Agama Krn Dunia

Drpd Abu Hurairah r.a berkata;Rasulullah s.a.w bersabda,"Akan timbul di akhir zaman org2 yg mencari keuntungan dunia dgn menjual agama.Mereka menunjukkan kpd org lain pakaian yg di buat drpd kulit kambing(berpura-pura zuhud dr dunia)utk mendapat simpati org ramai, dan percakapan mereka lebih manis drp gula.Padahal hati mereka adalah hati serigala(mempunyai tujuan tujuan tertentu).Allah s.w.t berfirman kpd mereka,"Apakah kamu tertipu dgn kelembutanKu ?,Apakah kamu terlampau berani berbohong kpdKu?Demi kebesaranKU,Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yg akan terjadi di kalangan mereka sendiri,sehingga org yg alim(cendekiawan)pun akan bingung(dgn sebab fitnah itu)

Keterangan:

Golongan yg di maksudkan di dlm Hadis ini ialah org2 yg menjadikan agama sbgai alat utk mendapatkan keuntungan dunia.Mereka rela menggadaikan agama utk meraih keuntungan dunia.Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dgn hukum syarak,maka mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan.Mereka juga pandai mengemuka hujah2 yg menarik dan alasan2 yg memikat hati,tetapi sebenarnya hujah2 dan alasan tersebut hanya semata-mata timbul dari kelicikan mereka memutarbelitkan kenyataan.Mereka menipu org laindan juga menipu diri mereka sendiri.

Mereka akan di landa kekusutan pemikiran yg sangt tajam sehingga org alim yg banyak pun pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran.Mereka menghadapi masalah2 yg meuncing dan akan menemui jalan buntu dlm permasalahan yg di hadapi.

Ke Mana Arahnya Kita....

A'kum pelawat2 blog ku..

Herm..dah berapa hari teman x update blog teman..bukan x nak..cuma x berkesempatan..banyak sagt blog yg kena manage..hehehehehehe..x banyak pun..2 jerrr..

Oklah..besok penduduk K.T akan menentukan masa depan mereka dgn keluar mengundi..

Debarn makin terasa buat semua rakyat malaysia..bukan sbb tdk pernah hadapi pilihanraya..cumanya debaran menantikan..apakah kemenangan akan menjelma bg pihak pakatan rakyat..calon pakatan rakyat yg d wakili dari PAS pasti mendabakan kemenangan..demi meneruskan agenda pembersihan dan menghakis kuasa2 yg diktator..demi survive dan harapan rakyat yg inginkan pembahruan..yg dahagakan sebuah negara yg telus dan aman damai..


Sebenarnya teman tertanya tanya..apa sebenarnya ideologi yg d bwa olh BN..yg mana teman nampak..tdk memberi kebaikan pd rakyat..lebih mudah d katakan..'jika ingin sesuatu..kamu kena sokong aku'..kamu x boleh tentang aku..jika kamu tentang..kamu akan susah'..ini pada teman ialah satu sistem yg sangat2 tdk demokrasi..menjadikan meterial sbg satu senjata..

dan ini jelas ternyata yg mereka2 ini tdk ikhlas dlm mejalankan amanah..


Ini lah akibatnya jika memerintah berdasarkan fahaman sekular..d mana agama d pisah sejauh jauhnya dr segala aspek dl kehidupan seharian..ini lah yg d warisi pemerintah dari penjajah..

penjajah mmg akur jika semangat Islam menebal d setiap negara yg d jajahnya..makanya..untuk melemahkan mereka2 ini..penjajah akan meniupkan budaya2 barat d dalam kehiudpan seharian..d ciptanya undang2 sendiri..


Jadi..persoalannya..untuk merobah semua ini..hanya rakyat yg mampu melaksanakan..kuasa ada pada kita..iaitu dgn cara mengundi..jadi..jalankanlah tanggungjawab anda wahai org d K.T..

Bangunkan semula nilai2 Islam d dalam kehidupan kita..semaikan semula semangat cintakan agama..saudara2 seagama..dan sebagainya..


Ayuh..Moga K.T. d sinari sinaran bulan yang mengambang penuh..tanda kebangkitan total rakyat yg cintakan agama..


Monday, January 12, 2009

Hadis 40 (Tentang AKhir Zaman)

Ertinya:

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata,"Telah menasihati kami oleh Rasulullah s.a.w. akan satu nasihat yg menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya,lalu kami berkata,Ya Rasulullah! seolah-olah ini adalah nasihat yg terakhir sekali,maka berilah pesanan kpd kami,"Lalu Baginda pun bersabda,"Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kpd Allah dan mendengar serta (kpd pemimpin) sekalipun yg memimpin kamu itu hanya seorang hamba,Sesungguhnya sesiapa yg panjang umurnya drpd kamu pasti ia akan melihat perselisihan yg banyak.Maka hendaklah kamu berpegang teguh kpd sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (khalifah2 yg mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan k jln yg benar)dan gigitlah sunnah2 itu dgn gigi geraham dan jauhilah perkara2 yg baru(bid'ah) yg di ada2kan krn sesungguhnya tiap2 bid'ah itu adalah sesat.

HR Abu Daud Dan Tirmizi

Keterangan:
Hadis di atas mengandungi pesanan2 yg sangat berharga drp Rasulullah s.a.w bg umatnya,terutama bila mereka berhadapan dgn zaman yg penuh dgn kacau bilau dan perselisihan iaitu sprt zaman yg sdg kita hadapai sekaranag ini.Oleh itu sesiapa yg mahu selamat maka hendaklah ia mengikut tunjuk ajar yg telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w dlm hadis iaitu:

Pertama:Hendaklah ia melazimi taqwa kpd ALLAH dlm keadaan apa jua dgn mengerjakan segala perintah ALLAH dan menjauhi segala laranganNYA.

Kedua:Mentaati perintah pihak yg menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri drpd golongan hamba,selama mereka berpegang dgn Al-Quran dn sunnah Rasulullah s.a.w. dan sunnah2 khulafa Ar Rasyidin, krn patuh kpd penguasa mempunyai sifat2 sprt ini berertipatuh kpd Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.

Ketiga:Berpegang teguh kpd Sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin(Abu Bakar As Siddiq,Umar Al Khattab,Usman Ibni Affan dan Ali Abi Talib) yg mana mereka mendapat petunjuk drp ALLAH TAALA,iaitulah berpegang kpd fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yg mana hanya penganut fahaman ini shj yg mendapat jaminan selamat drpd api neraka dan yg bertuah mendapat syurga pd hari kiamat nanti.

Keempat:Menjauhi perkara2 bid'ah dholalah,iaitu apa jua fahaman dan amalan yg di tambah kpd agama Islam yg sempurna ini,pd hal tdk ada dalil atau asal dan contoh dr agama.Sekiranya ada asal atau dalil,maka tdklah perkara2 yg baru itu dkatakan bid'ah menurut pengertian syarak(bukan bid'ah dholalah)tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa shj(iaitu jaitulabbid'ah hasanah)

Ibadat Atau Adat?



A'kum rakan2 ku..
hermm..berapa hari ya teman x update blog temanni..
Ini ada satu isu..isu tudung..
Kekadang kita tdk sedar bhwa kita mempersendakan agama..
Kekadang kita x sedar apa yg kita lakukan tu kehendak kita atau terpaksa..
Dalam isu bertudung ni..teman tgk kebanyakkannya bukan atas kehendak..
Atau lebih senang cakap..sekadar bertudung..tp tdk tahu knp..
Knp wajib menutup aurat..
Penyudahnya sekarang..tudung hanya menjadi sebahagian dari trend..
Tudng yg mcm itu..itu yg mcm ini..
Lihatlah perbezaan dua gambar d atas..
Kedua duanya manis bertudung mengikut hukum syarak..
Yg x manisnya gambar kedua..
Bertudung tapi bergambar dlm pelukan seorang lelaki yg bukan muhrim..
Ini yg teman katakan..bertudung hanya luaran..tetpi dlmblom sampai..
Mudah mudahan ada antara kita yg tdk begini..
Yg lebih trajis lagi..apabila ada sesetengah org hanya bertudung masa bernikah..
Hanya ketika majlis akad nikah..ke mahkamah syariah..
Bukankah ini jelas mempersendakan hukum..
Mempersendakan agama..
Apakah d fikiran benak hati mereka beranggapan yg Tuhan itu hanya ada d tempat itu shj..
Apakah mereka tdk faham atau mengerti yg hukum menutup aurat itu wajib..
Jelasnya pada mereka agama hanya d sekita majlis2 tertentu..
Tdk merangkumi segala segalanya..mungkin itu kot anggapan mereka..
Mungkin sy salah tafsir d sini..atau mungkin sy yg silap..
Tp sy pernah terdengar satu ayat yg buatkan sy rasamcm nak rendam org tu dlmminyak panas..
Ayatnya begini..minyak dan air x blh bercampur..
Sebab apa ayat ni keluar drmulut manusia tu..???
Apabila si suaminya menegur isteri nya agar mentup auratbla keluar rumah..
Si isteri saumi ni mmg rajin tunaikan solat..

Herm..entah la..
Fikir2 kan lah..
Dunia tdk kekal selamanya..akhirat jua yg kekal abadi..


Saturday, January 10, 2009

Menang

PERAK 1 - PDRM 0

Cerita Mereka2 Ni

Ini yg teman baru tau..

Kisah ni d ceritakan olh org yg mengalami peristiwa ni..
Alkisahnya bermula d sebuah negeri d kala tibanya pilihanraya..
Kempen pilihanraya katanya..

Seorang nenek yg mendiami sebuah rumah yg blh d kategorikan daif..
Maka dtglah pemimpin dari parti mereka2 ni..
Dbawak lah segala media cetak n media elektronik..
Segala peralatan untuk membina semula rumah si nenek ni..
Dan besrsuarlah mereka2 ini..inilah pemimpin yg prihatin..kononnya..

Si nenek ni pun berasa giranglah yg amat sgt d dlm hati..
Telah terbayang akan d lm benaknya..
Akan menerima sebuah rumah yg d idamkan..kalau tdk mcm istana pak menteri mereka..
Mungkin juga mcm rumah kroni2 mereka..
Berterima kasih lah si nenek ni pd mereka2 ini krn sudi membantunya..
(peringatan: ini sblm pilihanraya)
Bergelimpanganlah segala kayu..bata..simen..pasior d bawah rumah usang si nenek ni..

Telah berakhirnya pilihanraya..
Tlh d ketahui siapa yg menang..
Ttp blm tamat ceritanya angan2 si nenek ni dgn janji2 mereka2 ni..
Ternanti nantilah si nenek ni bilakah akan berdirinya rumah yg d idamkannya..

Masa terus berlalu..detik teru berganti..
Akhirnya.........

Makanya dtg semulalah para pengikut2 dari parti mereka2 ni..
Terusnya d ambil semula barang2 yg d hantar d rumah nenek ni..
Bertanya si nenek ni..'Knp d ambil semunya?'
Jawablh para pengikut2 mereka2 ni yg katanya membela nasib bangsa..
"Ada kesilapan,terpaksa ambil semula semua ni'..

Tuan2 fikirlah sendiri..

Friday, January 9, 2009

Masih Seperti Dahulu

A'kum..kembali semula setelah beberapa hari menyepi..

Hermm..teman tgk 2-3 hari ni terlalu banyak demonstrasi anti Yahudi..
D mana2 pun teman lihat begitu..
Bukan shj d malaysia..malahan d serata pelosok dunia..semuanya demonstrasi menentng keganasan yahudi d bumi palastine..
Memang ramai yg bencikan yahudi ni..sejak dahulu lagi..

Tapi..apa yg teman lihat ni hanya satu demonstrasi..apakah dunia Islam hanya mampu berdemo shj..?kita hanya mampu melakukan tunjuk perasaan..hanya mampu mengutuk..dan hanya mampu mengadakan sidan tergempar..
Apakah tidak ada cara lain yg lebih agresif..yg lebih memberi kesan..?
Sememangnya ada..cumanya negara2 Islam ni dah semakin hilang nilai ukhwah persaudaraan..
Yang tdk mampu untuk melakukan sesuatu untuk membela nasib saudara seagama d bumi Palastine..

Negara2 Arab contohnya..merekamempunyai satu aset yg boleh d jadikan senjata untuk melakukan sesuatu dlm membela nasib saudara2 kita d bumi Palastine..
Cuba kita agak..apakah senjata yg d maksudkan..?
Ya..x lain x bukan ialah minyak..minyak yg diperolehi mereka..kerananya mereka ni pengeluar minyak utama dunia..
Knp mereka x lakukan..?sbb nya semangat ukhwah saudara seagama tu dah x ada..yg mereka bimbangkan adalah ekonomi..yg mereka bimbangkan kantung mereka..sedangkan inilah yg telah d desak oleh Negara Iran agar minyak2 ini blh d jadikan senjata..

Inilah akibatnya jika negara berpaksikan barat..

Wednesday, January 7, 2009

Senarai Barangan Keluaran Yahudi


3 - 1

hoh..Perak kalah dlm perlawanan kedua liga super 2009..
Hehehehehe..teman x heran..sbb Perak semua pemain muda..yg mana perlu menimba lagi banyak pengalaman..tp bagus jugak..sbb sumer pemain mude2 belaka..
Cuma perlu teruskan aksi yg konsisten..apa pun slmt maju jaya pasukan bolasepak Perak..
Yob 4 Everrrrr....

Tuesday, January 6, 2009

Selamat Berkempen

Herm..pernamaan calon dah selesai..
Nampak gayanya pertandingan 3 penjuru..
Ada pulak calon bebas nak cuba nasib..
Tapi apa yg teman nampak..sebenarnya calon bebas ni blh memecahkan undi..
Kemungkinan pengundi atas pagar akan mengundi calon bebas..
Teman x salahkan calon bebas yg nak bertanding tu..cuma teman agak x berkenan..
Bukan apa..calon bebas ni kita x tahu apa arah tujuannya dlm politik..
Dan kita xpasti apa motifnya untuk bertanding..atau adakah muslihat d sebaliknya..
Wallahwalam..

P36

Semakin hampir saatnya..semakin banyak cerita karut yg keluar..
Tp teman harapkan pengundi di K.T. bijak membuat penilaian..
Jgn mudah tertipu dgn omong2 kosong..
Sayangnya teman x dpt terlibat sekali di hari pernamaan calon dgn hari mengundi..
Apa pun..semoga keputusan d pihak kita..

Sunday, January 4, 2009

Yahudi Semakin Kejam

A'kum rerakan ku sekalian..
2-3 hari ni kita dpt saksikan bahawa yg Yahudi d Palastine semakin kejam dan semakin rakus..
Dunia seakan memandang sepi kekejaman Israel di dunia Palastine..
Kita x hairan kalau negar2 kafir buat endah x endah..tp yg paling peliknya..dunia2 arab seakan menyepikan diri..dunia2 ISLAM d dalam OIC hanya mampu mengutuk dan terus mengutuk..tdk lebih dari itu..sedangkan darah terus mengalir d bumu Palasine tanpa ada pembelaan yg sewajarnya dari negara2 arab..

Betullah seperti apa yg teman baca..negara2 di dlm OIC adalah negara2 ISLAM yg bacul..lebih takutkan kuasa barat..lebih takutkan ekonomi negara masing2 drpd membela nasib saudara seagama yg amat memerlukan pertolongan..

Ini jelas menunjukkan yg negara2 ISLAM tdk bersatu..atau lebih mudah..umat ISLAM itu sendiri yg tdk bersatu hati..

Jadi apakah jawapan untuk menyelesaikan permasalahan ini?????..jawapannya ialah..perang..
Telah termaktub dlm sejarah bhwa bangsa Yahudi ni adalah bangsa yg tdk blh dipercayai dan terlalu banyak tipu muslihatnya..

Allahhuakhbar..Allahhuakhbar..Allahhuakhbar..

Saturday, January 3, 2009

Masa Semakin Suntuk

Bertemu semula..
hermm..ramai kengkawan yg bujang dah dan akan berkahwin..
teman ni kurang pasti lagi bila..
hehehehehe..
tunggu masa dan ketikanya dulu..


Friday, January 2, 2009

Apa Lagi Nak Di Kata?

Salam semua rakan2 ku..
Hari Kedua d bulan januari dan hari kesepuluh dlm bulan muharram..
Masih belom nampak apa2 lagi..entah lah..
Tapi yang pasti perjuangan ISLAM masih belom selesai..perjuangan yg menuntut kearah lebih ISLAMIK bagi negara yg teman warganegaranya iaitu MALAYSIA..
Perjuangan yg tiada noktahnya..
Seperti kata Dato' Ismail Kamus di dalam ceramahnya..Perjuangan dlm menegakkan sebuah negara yg berlandaskan syariat ISLAM xkan terhenti ibarat seperti mengalirnya air sungai..walau di sekat2 airnya tetap mengalir terus..
Begitulah hal dlm berdakwah..wlaupun di tekan walau d hentam walau d gam..ISLAM itu semakin subur dan semakin mekar..
Walaupun perlu mengambil masa yg panjang..usaha ini xkan terhenti malahan akan d teruskan dari generasi ke generasi..sehinggalah ISLAM itu terus suburmekar d hati para pecinta ISLAM..

Memang benar ISLAM itu ramai musuhnya..itu telah termaktub..termasuklah mereka yg memperjuangkan betapa kita perlu untuk mengikut ajaran ISLAM seratus peratus tanpa perlu mempersoalkannya..
Musuh ISLAM yg nyata mmg kita x nafikan..tpyg paling kita takutkan ialah musuh dalam selimut..atau lebih mudah d bahasakan dengan munafiq..
Ya..musuh yg dmaksudkan ialah dari umat ISLAM itu sendir..mereka yang mengaku sebagai penganut ISLAM dan beriman padaNYA..tetapi dalam masa yg sama mereka ini jugalah yg mengatakan hukum ALLAH itu kolot dan ketinggalan zaman..NAUZUBILLAH..agak2 teman kalau mati lah mereka2 ini..d kuburmana nak kita tanamkan???..knp???..kerana mereka inin sebenarnya telah nyata lagi terang adalah terkeluar dari ISLAM..teman x pasti merek sedar ataupun tidak..tapi itu lah hukumnya pada mereka yg mempersoalkan HUKUM ALLAH(bagi yg beragama ISLAM)..
Apa yg dkatakan ni bukan nya nak mengkafirkan sesiapa tetapi sekadar nak menyedarkan mereka..kerana ada nas yg menyatakan..walau satu huruf d dalam Al-Quran pun jika kita langgar blh d anggap murtad apatah lagi bagi mereka yg mempersoalkan hukum ALLAH..
Bagi Saudara2 seagamaku..inilah yg perlu kita titik beratkan..agar segala perlakuan atau kalam yg kita ucapkan tdk menyebabkan terkleuar dari ISLAM tanpa kita sedari..
Jadi..amatlah perlu kita timba lagi pengetahuan kita mendalami lagi ilmu2 agama..semoga kita akan sentiasa beringat..
Sememangnya kita sering melakukan dosa2 tanpa kita sedari tetapi ALLAH tetap ampunkan dosa kita..selagimana kita memohon keampunan dariNYA..dan menyedari kesilapan kita..
Hidupku matiku hanyalah d dalam ISLAM..
Ingatlah hukum syirik pada ALLAH ialah neraka selama lamanya..

Rezeki Tahun Baru....Alhamdulillah

Setelah puas menganggur selama 2 bulan..Alhamdulillah teman akhirnya dpt juga kerja kat salah satu hotel d ipoh ni..ok la walaupun gajinya x seberapa..buat sementara waktu sblm ada peluang lain atau sementara menunggu projek teman ngan kengkawan bermula..

Jenuh jugak la teman mencari pekerjaan sekitar ipoh ni dan juga dlm malaysia..malahan menjangkau sampai ke oversea..memang payah kalau tdk bekerja ni..payah sebab x ada duit masuk..keduanya sbb dah biasa keje..jadi bila lama x keje..mula rasa libanglibu..hehehehehehe..

So..syukur la..akhirnya dpt juga teman kerja..keje dlm bidang teman jgk la ni..blm lagi lari tajuk..hehehehehe..

Tp bsk teman nak usha jgk kot ada peluang kat mana2 lagi..sblm memulakan tugas d tempat baru..kendian nak uruskan beberapa pekara..

Hermm..oklah..itu saja coretannya untk kali ni..

Adios..

A'kum..

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah Dan 2009 Masehi

A'kum..sepatutnya ini teman tulis 2 atau 3 hari sudah..tp x berkesempatan..agak bz sikit..
tapi rasanya belom terlambat untuk d ucapkan selamat thn baru hijrah 1430..

Hermm..berlalu sudah setahun lg..yg berlalu kini sudah jadi sejarah..namun..rentetan peristiwa untuk thn yg sudah berlalu ini..teman rasa..banyak..

Banyak yg d luar jangkaan..dan banyak yg sudah d jangkakan..daripada politik..ekonomi..siasah diri..segalanya la..dan yg paling d luar jangkaan ialah piliharaya umum yg lalu..hermm..begitu besar gelombang yg melanda politik negara..sesuatu yg x d jangkakan oleh pihak2 berkenaan..tp pd pru12 yg baru berlalu tu..sblm keputusan penuh..atau lebih senang teman cakapkan..sewaktu mula pernamaan calon..hingga lah kpd perang poster..ada satu rasa yg teman rasakan akan merubah senario politik tanah air..apa yg teman jangkakan ialah..kemungkinan besar BN akn mengalami keputusan yg dluar jangkaan..entah knp teman rasakan mcm tu..petanda dari poster2 mereka kot..mungkilah..

Dan apabila mlm keputusan d umumkan..teman masih d luar rumah..hanya mengikuti dari siaran tv kat restoran yg teman g melepak..tetapi semacam ada yg x kena sbb banyak keputusan2 yg d umumkan d peti tv tu teman kurang faham..masa tu pun masih awal..sekitar jam 8-9 mlm..x puasa hati punya pasal..teman balik rumah..trus onkan internet kat umah..perghhh..mmg keputusan d luar jangkaan..hinggakan mlm tu BN umumkan kemenangan mereka dlm suasana yg suram..hehehehehehe..teman still online d internet sehingga jam 3 atau 4 pagi mcm tu la sambil berbalas sms dgn rakan teman..mmg layan..

Besoknya..pagi2 lagi teman udah mencari media cetak..malang nasib teman..media cetak habis d jual seawal jam 7 pagi lagi..mungkin org ramai ingin mengetahui berapa teruk BN alami kekahalan PRU12 kali ini..dan bukannya nak mengetahui berapa banyak BN menang..(iya la kot)..

Sebenarnya banyak lagi peristiwa2 yg berlaku pd thn 2008 yg boleh kita jadikan pedoman dan ikhtibar..dan terlalu banyak peringatan yg d turunkan oleh-NYA yg mana kita masih ambil endah x endah..

Indeks jenayah meningkat..masalh sosial..masalah yg melibatkan hal2 keagamaan..hal2 kedaultan baik negara atau bangsa..teman lihat permasalahan semua isu ini hanya blh d tangani dgn kembalikan undang2 ALLAH..undang2 yg telah d tetapkan oleh ALLAH dan d laksanakan oleh PesuruhNYA untuk d laksanakan oleh umat manusia..teman x nak jelaskan lebih terperinci..sbb teman kurang mahir..hal2 begini kena btl gayanya..cuma apa yg teman bleh cakap kan..kembali kepada undang2 yg telah ALLAH tetapkan..

Cuma apa yg teman faham..menyalahi satu huruf pun d dalam AL-Quraan hukumnya murtad..apatah lagi kalau mempersoalkan hukum yg d tetapkan oleh ALLAH untuk umat manusia..mungkin agama lain akan mempersoalkan hukum tersebut..itu teman faham..tp kalau umat ISLAM itu sendiri yg mempersoalkannya..teman rasa apa perlunya dia mengaku sebagai ISLAM sedangkan ISLAM itu sendiripun dia x faham..herm..entahlahhhh..

Oklah..rasanya dah banyak bebenor teman nulis nih..panjang2 sangat kang letih pulak..hehehehehehe

ok..apa pun Slmt Thn Baru semua..moga thn ini memberi lebih banyak manfaatnya kpd kita..

adios sumerrrr..

A'kum..