Tuesday, March 31, 2009

Nak Ke Tak Nak

hermm..teman berbelah bagi ni..nak join skali ke tdk masa hari mengundi..hehehehehe..jgn salah

anggap lak apa yg teman maksudkan nak join sekali ni..

teman nak join skali ngan bloggers2 yg dah berkampung dekat bkt gantang nu untuk membuat

lapuran2 terkini yg berlaku di bukit gantang semasa hari mengundi nanti..

rakan teman peihong x dpt menghadirkan diri sbb ada exam CW besoknyer..jawabnye nanti teman

sensorang le g sana nanti..xper..rerakan teman udah ramai yg berkampung d sana..

Monday, March 30, 2009

Sedikit Panduan

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;

i. Al-Muawwizat

ii. Ayatul Kursi

iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin

iv. Ayat Berkubu

v. Ayat Penggerak

1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

BACAAN

Al-Muawwizat iaitu;

1. Surah Al-Ikhlas

2. Surah Al-Falaq

3. Surah An-Naas

CARA

1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat

2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa

3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)

4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas

5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.

6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari

2.0 AYATUL KURSI

BACAAN

Terjemahan;

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

(Surah Al-Baqarah ayat 255)

CARA

1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf

2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.

3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN

BACAAN

Terjemahan:

(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

CARA

1. Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda

2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.

4.0 AYAT BERKUBU

BACAAN

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.

CARA

1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara

4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas

5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5.0 AYAT PENGERAK

BACAAN

Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA

1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.

2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

**salam ukhwah...selamat beramal....

Letih..tp puas dpt jumpa

mmg memenatkan..tppuas hati bila lihat semangat penyokong2 PR..dan juga semangat yg d

tunjukkan oleh bloggers PR..

ini kali pertama teman jumpa ngan sumer bloggers2 dari PR..

yg baru..yg lama..yg baru lama..yg lama baru..sumer ada..

sampai rumah tadi..setelah 2 hari 1 malam menetap d rumah bloggers..bdn amatlah letih..

dengan sakit kepalanya..sumer ada..

tp mmg betul la..x ada perjuangan yg mudah jalannya..

semoga calon kesanyangan kita dari PAS iaitu Datuk Seri Ir Mohamad Nizar akan menewaskan

calon dari BN dan juga Bebas yg amat di ragui berapa punya bebas caln tu..

semoga kemenangan mutlak akan menjadi milik kita..

TAKBIR! 3X..

Sunday, March 29, 2009

Dari Bkt Gantang Ke Ipoh (nak balik)


hari sampai d bkt gantang..ini barang sudah rosak..teman terpaksa kuarkan dekat rm300 lebih..
(pinjam sikit kat kwn)hehehhehehehe
sib baik hari nak balik boleh siap tukar ini barang..


lepas je dari simpang empat..ini tempat sampai dulu..dah mcm pusat kuarantin je gayanya..


halamak..bederet lak kenderaan..harap x jam..

owhhh..patut la sesak..kenderaan dema ni parking kat bahu jalan..


dah rasa macam bandaraya polis je rasanya..


dlm perjalanan pulang..deretan kenderaan ini memenuhi bahu jalan..



perang poster..


mmg meriah..


dah nak sampai simpang cgkt ibol..


sampai je ipoh ujan mencurah curah..


x cukup dgn tu..siap jam lagik..dekat 2 jam woooo..sangkut kat tol jelapang..
haukkkk..

Suasana Sekitar Penamaan Calon P059

beginilah ramainya penyokong yg mendokong pemerintahan yg telus..
inilah satu tanda gelombang kebangkitan rakyat yg berterusan..


penyokong makin ramai dan dah mula ada ungkapan2 yg d perkatakan..


kebetulan pulak..penyokong PR dah mula menawan bukit..hehehehehe


calon kesayangan rakyat perak


awek tu sebok snap gambar..brader topi merah tu sebok usha awek tu..kuikuikuikui..
dengan kawat besinya..teman dah rasa mcm bukan penamaan calon utk PRK P059..
lain mcm je rasanya..


ewahhhh..cari angel paling menarik..bebaik..jgn sangkut ngan dawai kawat tu..ehheehehehehe..


harapan rakyat yg dahagakan ketelusan


golongan yg makin rapat dgn PR..


ehhh..mcm kenal je member yg tgh snap gambar tu(botak)..


aiseh..tgh snap tetiba la ka dia ni melintas..hhehehehe..muka mike masuk blog weihhh..


mai dari jauh ni..memberi sokongan..rakyat negara ini makin pandai menilai..
kehadiran anda memberikan lagi semangat untuk memperjuangkan yg hak..


masih awal pagi lagi..tetapi penyokong dah mulai ramai..



masa memula mmg dema ni sesajer yg ramainyer pun..


penyokong PR dah mula ramai..dedema tu dah mula sikit..hehehehehe


dema ni pun ada..bukan apa standbai..kot terjadi apa2..


dema ni lagi..


pepagi hari lagi dema udah ready..tugasan beb tugasan..heehehehe..

tulis je di larang..tp teman tgk ramai gak yg melintas..


bersemangat sungguh srikandi pkr ni


adjust penghadang sbb tak lurus..kata kwn teman la..


dah adjust baru nampak lurus..


sesi taklimat pihak berkuasa..(suasana mcm penamaan calon ketua pulia plk)


ini la dua rakan teman yg kabokan penghadang tu tak lurus..hehehehe




p/s: maaf lambat upload gambar..ada masalah teknikal sikit..susun atur pun teraboq habihh..heheheh

Suasana Penamaan Calon PRK P059

maaf..ada kesilapan teknikal..

akan d uploadkan dgn gambar2 suasana penamaan calon P059 pabila kesilapan teknikal d

perbaiki..

sekian..

harap maaf..

Dari Ipoh Ke Bkt Gantang

herm..teman betolak dari ipoh dgn peihong dah lewat..ikut jadual asal jam lima bari gerak..tp teman kena ganjak sikit waktunya ke pukui enam..

alhamdulillah selamat sampai ke tepeng dlm jam 7 lebih(pm)..slamat sampai walaupun keta agak meragam(clutch dah hauk)..

sesampai je teman ngan peihong..terus minum2 sambil sembang2 d gerai dekat dgn balai polis simpang empat tepeng..

ralik besembang..dtg rakan dari AMK..(dari ipoh jgk)..

hujan makin galak mencurahkan titis rahmat d bumi tepeng ni..
hermm..apa aktiviti ini hari..?belom tau lagik..

next post teman cerita yeeeee..

Friday, March 27, 2009

Betul Atau Tak 2

Sambunngannya....

katanya lagi..ini katanya tentang atau untuk menangani masalah itu..

"Pada saya bukan susah,tentukan rektornya..dekan fakulitinya..pegawai pengambilannya..pekerjanya..pentadbirannya adalah org yg dipenuhi rasa cinta pada UMNO sgt tinggi seperti Ibrahim Abu Shah di UiTM,"

itulah katanya masa berbahas tu..mcm org ilang akal je bacanya..dulu sibuk marahkan parti2 politik berkempen di dlam kampus..(padahal bukan berkempen pun)..la ni dia pulak sibuk nak memolitikkan pentadbiran universiti pulak..haprak betui..

walhal..dah tentu mahasiswa mahasiswinya lebih matang dlm menentukan susun atur pemerintahan sesebuah negeri atau negara..dan penilaian mereka bukan bersandarkan politik semata mata..tetapi kerana kesedaran yg ada dlm diri mereka..kerana meraka ada rasa sikap tanggungjawab pd negara bangsa dan agama..jadi tidak salah jika mereka lebih condong kearah kiri atau kanan..

teman paling geli bilamana org2 UMNO ni mempersoalkan prinsip perjuangan mereka..
membela bangsa lah..agamalah..negara lah..mcm yg d perjuangkan mereka..kononnya la..
chitttt..poooooooooorrrrrrrrrrrraaaaaaaaahhhhhh..
kalau btl perjuangan mereka2 tu..knp ada lagi rakyat yg hidup dlm serba kedaiffan..
knp ada lagi rakyat yg di nafikan hak mereka..knp ada lagi gejala gejala sosial yg makin membimbangkan..dan kenapa perlu ada PPSMI..

sebenarnya banyak lagi kelemahan2 yg ada pd UMNO yg mana semakin hari semakin mereka buktikan segala kelemahan mereka tu..ini lah jadinya jika perjuangan tdk berpaksi dr ajaran Nabi kita yg amat kita cintai iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

kembali kpd paksinya..dan kita akan selamat dunia dan akhirat..

akhirukalam..jika ada tersilap..tersalah bahasa dlm penulisan teman ini..mohon ampun dan maaf..kerana teman ni manusia biasa yg punya kelemahan..ini hanyalah pandangan teman..jumpa lagi lain kali weih..

JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN JIKA TAKUT PADA RISIKONYA
Lawan Tetap Lawan...
Takbir..

Betul Atau Tak

hermm..sebenarnya dah beberapa hari teman dok pikior menda ni..
x tau la betui ka tak..lagipun semenjak DS Ir Nizar d umumkan sebagai calon utk PRK bg Parlimen Bkt Gantang..teman udah pikior tentang ni..

mengikut apa yg d perkatakan kengkawan teman..(sblm pengishtiharan calon utk prk ni)..
dema kata DSNJ x mungkin d letakkan sbgai calon utk PRK ini..sebabnya kata dema..kalo DSNJ d letakkan sbgai calon..makanya DSNJ kena letak jawatan sbgai MB Perak (yg sah)..
bile dema udah kata gitu..teman pun dok pikior..kalo betui la bagai d kata..hehehehehe..jwbnya masa penamaan calon nanti dah tentu d tolak DSNJ sbgai calonnya..

tetapi..ada lak sebaliknya..kalau nanti ini senjata BN utk mempertikaikan DSNJ sbgai calon..makanya..dgn ini mereka memperakui bhw DSNJ adalah MB Perak yg sah..dan bukannya MB Perak yg merampas kerajaan pakatan rakyat ni..hermm..

tapi apa yg teman tau..BN/UMNO dah mula kalah..kenapa teman katakan demikian..?sbbnya..BN/UMNO x nak rakyat mengetahui propaganda2 yg d lakukan oleh pihak mereka dgn mengharamkan dua akhbar rasmi PR iaitu Suara Keadilan dan Harakah..
mereka telah nampak dua akhbar ini akan merosakkan segala perancangan jahat mereka dlm keadaan yg terdesak utk memenangi PRK kali ini..

herm..sebenarnya dgn cara mereka ini akan menyebabkan rakyat lagi membenci mereka..rakyat lagi memandang mereka ini sebagai bacul..

apa pun..kebenaran itu tetap kebenaran..yg bathil itu tetap bathil..bagai mana cara sekalipun..yg benar itu ttp menang..(kalau kalah jugak sbb BN/UMNO main taktik kotoq)..

tadi teman baca satu akhbar tabloid..tajuknya HASUTAN PENSYARAH..ini yg d perkatakan oleh Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bukit Katil, Melaka..katanya:-

"Apabila saya tanyakan sebab anak muda tidak menyokong kerajaan,mereka memberitahu peranan di mainkan oleh pensyarah universiti......dia kata dlm pd dia mengajar kita sekali dia sebut inilah kerajaan satu sindiran.....seboleh bolehnya dia hentam macam2.Sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit dia timbulkan rasa benci.Akhirnya bila anak muda ini keluar universiti dalam jiwanya sudah tertanam rasa bencinya pada kerajaan,"katanya ketika membahas usul ucapan dasar presiden d pwtc..

pelik pulak teman rasakan..seolah olah kerajaan itu UMNO dan UMNO itu kerajaan pulak pd pandangan mereka..hermmm..

bersambung daaaaaa..

Thursday, March 26, 2009

Halal Haram : MAIS Hilang Pertimbangan?

Jais tidak kisah dengan Balkis yang diketahui haram

SHAH ALAM, 25 Mac (Hrkh) - Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato' Mohamed Khusrin Munawi menganggap surat daripada Balkis yang ditandatangani oleh Puan Sri Asbi Rohani Asnan yang mengaku sebagai Yang Dipertua Balkis tidak mendatangkan masalah kerana ia tidak menjejaskan polisi Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Ini ekoran pendedahan maklumat Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat), Azmin Ali (KeADILan-Bukit Antarabangsa) yang mempersoalkan tentang surat bertarikh 16 April 2008 ditandatangani oleh Asbi Rohani sebagai YDP Balkis.

Kandungan surat tersebut membenarkan Pegawai Mais, Hafizatul Akma Abdul Jalil yang ditugaskan di Kompleks Wawasan Balkis dibenarkan tinggal di situ sehingga habis pantang bersalin.

Ikuti dialog dalam sesi siasatan Balkis yang dilakukan oleh Selcat terhadap saksi keenam, Dato' Mohamed Khusrin yang juga Setiausaha Mais, di dewan Annex, Shah Alam.

Pengerusi Selcat Teng Chang Khim: Surat ini ditandatangi oleh Puan Sri Asbi Rohani Asnan sebagai Yang Dipertua Balkis. Pada 14 april sepatutnya Balkis sudah dibubarkan dan Puan Sri Asbi adalah isteri kepada bekas Menteri Besar, Tan Sri Mohamed Taib. Dato menerima surat pengesahan Balkis membenarkan Hafizatul Akma tinggal di asrama tersebut hingga 30 April 2008.

Kushrin: Tanggapan Balkis dibubarkan itu tanggapan saya tapi saya sendiri tidak pasti kedudukan Balkis ketika itu.

Teng: Dato tahu Dato' Sri Dr Mohd Khir Toyo menjadi Menteri Besar dari tahun 1999 hingga 2008 dan dalam tempoh itu isteri beliau ada Pengerusi Balkis...

Kusrin: Ya

Teng: Bagaimana tiba-tiba Asni menandatangi surat ini sebagai Pengerusi Balkis dan Dato terima tanpa was-was...

Kusrin: Saya rasa surat ini tidak melibatkan apa apa cuma memaklumkan kebenaran kakitangan kita terus tinggal di kompleks, saya rasa tidak ada melibatkan apa-apa polisi yang dirasakan oleh Mais. Saya perasaan ketika terima surat ini yang tandatangan Puan Sri Asni. Pada saya ini soal dalaman Balkis yang tak perlu saya ambil tahu.

Teng: Ini bukan soal dalaman Balkis sebab surat ini mengesahkan pegawai Mais dibenarkan tinggal di bangunan Balkis sehingga 30 April. Sepatutnya mereka sudah keluar daripada Kompleks Wawasan Balkis pada 8 April.

Kushrin: Ini pegawai ini baru bersalin dan dalam keadaan pantang

Teng: Saya tidak ada masalah beliau boleh tinggal disitu tetapi apabila Dato dapat surat ini Dato tidak menyesaki surat ini dan terus membenarkan Hafizatul tinggal disitu. Saya hendak beritahu `Jangan tegakkan benang yang basah'. Sebenarnya Pengerusi Balkis, Datin Seri Zaharah Kechik tetapi surat ini ditandatangani oleh Puan Sri Asbi Rohani. Dato' tidak menyesaki apa-apa?

Kushrin: Pada saya tidak ada masalah...apa masalahnya. Siapa tandatangani pada saya tidak penting.

Teng: Patutlah Dato' dengar daripada Penyelaras Kompleks Jamilah Balkis dibubarkan Dato' senang mempercayai apa orang cakap.

Azmin: Saya kira perkara ini serius. Dato selaku Pengarah JAIS membawa satu imej yang penting kepada umat Islam dan orang lain di negeri Selangor. Kalau keterangan-keterangan yang diberikan Dato' dalam perbicaraan terbuka seperti ini yang turut dihadiri oleh pihak media dan wartawan, ini memberi satu tanggapan yang cukup negatif kepada pengurusan Jais, betul saya setuju Dato' tak perlu terlibat dalam masalah dalaman Balkis.

Tetapi surat yang dikeluarkan bertarikh 16 April 2008 adalah hasil susulan surat Dato bertarikh 7 Arpil. Pertama Dato' telah menyatakan Balkis dibubarkan tetapi Dato' masih menulis surat kepada Pengerusi Balkis.

Walaupun kenyataannya Balkis belum dibubarkan tapi Dato sudah ada tanggapan daripada puan Jamaliah bahawa Balkis sudah dibubarkan. Maka Dato; cuba menempatkan lima pegawai berkenaan maka Balkis keluar surat pada 16 April dan surat ini adalah surat jawapan kepada surat Dato'.

Apabila surat jawapan kepada surat Dato' itu datang daripada seorang yang tidak sah Dato langsung tidak menunjukkan rasa tanggungjawab untuk menyemak semula. bahawa orang yang menandatangni surat jawapan kepada surat Mais adalah orang yang tidak sah.

Kalau inilah pentadbiran Jais saya rasa amat malang sekali, betul Dato tak perlu terlibat, siapa YDP tetapi sekurang-kurangnya Dato harus mengutus satu lagi surat kepada Balkis mengatakan yang menandatangi surat pengesahan supaya pegawai Mais boleh terus tinggal di situ. Mengapa tidak dilakukan.

Kushrin : Saya rasa bukan tanggungjawab saya untuk tahu siapa jadi Pengerusi Balkis.

Azmin: Ini satu jawapan yang paling malang. Dato sebagai Pengarah Jais dan Setiausaha Mais ambil wang Mais, ambil wang zakat bayar lima pegawai yang ditugaskan kepada Balkis tapi tak tahu siapa Pengerusi Balkis.

Kushrin: Saya menafikan saya tak ambil duit zakat duit Mais ini keputusan yang dibuat oleh Mais. Saya sebagai setiausaha dan bukan saya seorang yang buat.

Azmin: Tapi keputusan Dato' menafikan Dato tak tahu siapa Pengerusi Balkis, Dato' kena ingat Dato' memberi keterangan di bawah bersumpah.

Kushrin : Saya kata saya maklum tetapi saya tidak bertanggungjawab yang penting siapa yang hendak tandatangani surat ini sama ada Puan Sri Asbi atau Zaharah Kechik pada saya tidak penting.

Teng: Itu penting kalau Puan Sri Asbi bukan YDP maka surat ini tidak sah maka bererti pegawai Dato' berada di bangunan Balkis dengan cara tidak sah, yang halal dan haram kita kena betulkan kalau surat ini tidak sah bererti penempatan Hafizatul di bangunan Balkis tidak sah.

Azmin : Dato ini memberi keterangan dibawah bersumpah saya malu hendak mengaku umat Islam di negeri Selangor kalau inilah Pengarah Jais dan Setiausaha Mais, saya rasa malu ini keterangan bertulis

Kushrin : Apa masalahnya saya tak faham....

Azmin : Masalahnya surat yang Dato terima adalah daripada orang yang tidak sah kenapa Dato selaku setiausaha Mais tidak merujuk semula kepada Balkis bahawa mengapa orang yang tidak sah menandatangni surat utnuk mengesahkan permohonan yang idbuat oleh Mais terlebih awal, apakah itu susah hendak jawab.

Kushrin : Bukan tanggungjawab saya nak tahu siapa yang menjadi Pengerusi Balkis pada saya tidak penting, kalau siapa-siapa tandatangan pada pihak Balkis saya boleh terima juga.

Azmin : Kalau dia tulis (bagi pihak-bp) saya tidak ada masalah, ini tulis Puan Sri Asbi Rohani Asnan Yang Dipertua Balkis...(wahai Setiausaha Mais). Jangan berdolak dalik ini perbicaraan terbuka, kalau bagi pihak dia ada tulis (bp-bagi pihak) tak kan Ketua Pentadbir tak tahu surat menyurat.

Kushrin: Saya kata tadi kalau siapa-siapa tulis bagi Balkis kita boleh terima.

Teng : Tapi Dato' sudah tahu YDP bukan Puan Sri Asbi sudah 9 tahun Datin Seri Zaharah Kechik adalah Yang DIpertua Balkis Dato' sebagai jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri Selangor sepatutnya tahu.

Saari Sungib : Kita memandang tinggi kepada Jais dan Mais yang menjaga halal haram, sah tak sah jadi kalau Pengarah Jais tidak peka isu sah atau tidak, ini memberi gambaran yang amat buruk, perkara ini penting.

Kushrin : Saya faham ini tanggungjawab saya pada saya isu surat Balkis ini sama ada ditandatangai Puan Sri Asbi atau Datin Seri Zaharah isu kecil, tidak menjejaskan polisi Mais, pada saya tidak...

Teng: Sama ada pegawai Hafizatul penempatan beliau sah atau tidak maka penempatan beliau itu adalah satu pencerobohan.

Kushrin: Saya tidak fikir sampai begitu sebab kita bagi pertimbangan atas keperikemanusiaan pada ketika

Teng : Itu tidak menjadi masalah tapi mesti jadi persetujuan Balkis. Sekarang yang bagi persetujuan bukan wakil sah Balkis bererti persetujuan itu tidak sah, bila tidak sah ia jadi pencerobohan dan ini menjadi tanggungjawab Mais dan Mais kena jawab kerana Dato' terima surat itu sedangkan Dato' tahu Pengerusi Balkis bukan Puan Sri Asbi.

Kushrin : Saya tidak dapat jawab.... _

p/s: jelas di sini yang pihak MAIS pun x boleh membezakan yg halal dan haram..dan paling ketara sekali ialah..tandatangan dari pihak UMNO masih laku walaupun pertubuhan itu haram..x hairanlah zamanla ni UMNO dah x kisah tentang halal haram sedangkan pihak yg d pertanggungjawabkan ttg halal haram pun dah x ambik pusing persoalan ini..ianya haram bila x memberi apa2 kpd mereka..

Tuesday, March 24, 2009

Hilangnya Nilai2 Demokrasi

cuba anda baca petikan dari harakahdaily ini :

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Hrkh) - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

Tindakan secara langsung menghalang kempen media kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini - kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

Menurut surat arahan yang dikeluarkan oleh Setiausaha bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut dan arahan terbabit telah difaks kepada Harakah hari ini.

Sementara itu arahan turut dikeluar kepada akhbar KeADILan yang dialamatkan kepada Presiden KeADILan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira 5 petang ini yang berkuatkuasa serta-merta.

"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN dipetik


hermm..semakin hari semakin menipis demokrasi d negara teman yg tercinta ni..
nampaknya puak2 dema ni semakin takut..semakin ngeri utk berdepan dgn rakyat..
sampai kehabisan modal mereka..

namun..apa yg teman rasakan..nyawa puak2 dema ni semakin ke penghujungnya..semakin reput..dan semakin berkulat dengn pelbagai penyakit2 barah yg kronik..

Wednesday, March 18, 2009

Email Dari Sahabat Teman

GREEN BEAN SOY DRINK

Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia.

Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.



Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya....

Cuba lihat kat pic ini.



Cuba lihat dekat-dekat......



Apa kejadah ni? Dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???


Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di...... di negara yg dah mmg tersohor bubuh melamine dalam susu!!






Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

Kisah Dan Tauladan

Title: Tukang Kapak Dan Mungkar Nangkir

al kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat barang siapa yg mendapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan di warisi separuh dari harta peninggalanya itu. lalu di tanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti. lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjaga mu wahai ayah.kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.

selang keesokan di panggil semua adik beradiknya.dan beliau berkata. wahai adik-adik ku sekelian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti.bersama selama 40 hari di dalam kubur yg ku hias indah seperti banglo mewah ini.dan aku juga akan memberi setengah dari harta ku kepada di antara kamu yg sanggup bersama ku. adik-adiknya pun menjawab.wahai abang ku adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah. lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya.beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin di teman di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti.di panggil setiausahanya supaya di war war di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu. dan akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali kerahmatullah.kuburnya di hias indah dan di gali seperti sebuah banglo di dalam tanah yg mempunyai kemudahan harian selama 40 hari. dan pada waktu yg sama seorang tukang kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu di beritahu kepada isterinya apakah aku perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya. isterinya berkata,wahai suami ku apa la sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari di bandingkan kerja-kerja mu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu.lagi pun makanan di sediakan.

tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya. keesokan harinya di kebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. si tukang kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah mungkar dan nangkir ke dalam kubur tersebut. si tukang kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut.terfikir di fikiranya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan di soal oleh mungkar dan nangkir.

tetapi sebaliknya yang berlaku.mungkar dan nangkir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata. apa yang kau buat di sini? aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya. apa harta yang kau ada sekarang? aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki. dari mana kau dapat kapak ni? aku membelinya lalu hilanglah mungkar dan nangkir di hari pertama di dalam kubur tersebut.

hari kedua di tanya pula,apa yang kau buat dengan kapak ni? aku menebang pokok untuk di jadikan kayu api untuk di jual

hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni? kat hutan mana ada orang punya pokok adakah kau pasti? lalu hilang lagi mungkar dan nangkir

hari ke empat adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukuranya dan beratnya sama untuk di jual? aku potong cincai-cincai je,mana boleh ukur sama rata

lalu hilang dan muncul mungkar dan nankir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut.

dan di hari terakhir ke 40 datanglah mungkar dan nangkir sekali lg bertemu dengan tukang kapak tersebut. berkata mungkar dan nangkir hari ini hari terakhir aku bersama mu buat seketika tp aku akan bertanya pasal kapak ini.belum sempat mungkar dan nangkir menyoal beliau ,si tukang kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadiranya untuk keluar dari kubur tersebut. si tukang kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan aku tidak menginginkannya lagi.

sampai di rumah lalu si isteri berkata wahai suami ku di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut. maka jawab si tukang kapak.aku tidak mahukannya lagi..sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. tapi apa yang di soal mungkar dan nangkir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini.apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak.bagaimana dapat aku menjawabnya.

Thursday, March 12, 2009

A Tree Story

Petikan Dari Tranungkite.net




Dear Mat John,


Oh man what is happening to this country

Never before ADUNs meet under the tree

Possibly it was the first in our history

Salutes to those ADUNs for the bravery

They showed to us the true democracy

Despite the intimidations by the Kuku Besi

Despite name calling from Zahid and Nazri

In contrary those two are stupid menteri


Celaka and bodoh are Nazri’s common vocabulary

While Zahid amassed wealth and live in luxury

As menteri agama he should be an exemplary

In fact he owned fleet of Mercedes and Ferrari

To be exact around 18 cars seen in vicinity

While many struggling to feed the family

Especially now in the struggling economy

Our Menteri Agama collect cars as his hobby


As law enforcer police must be acting in impartiality

When UMNO goons gather in illegal assembly

And they even harassed the OKU in parliament lobby

No actions taken by our IGP or our AG

They only take the Toyo for ride for show only

When Perak Speaker call for DUN assembly

With legitimate order using his authority

The police go beyond their role by blocking the entry

Even Bar Council puzzled with the authority

They even have gut to declare it illegal assembly

Are we on the brink to be Zimbabwe friendly


Pak Lah is leaving soon as Perdana Menteri

Good bye to 4th floor boys lead by Khairy

You guys can now gather in Restoran Ghani Briyani

They also serves teh tarik while surfing internet is free

Nor Jeep will occupy 4th floor with friends of Sexpole Bukhari

Scholarship will be offered if you are willing to lompat parti

And to those who confessed to be victims of Sodok Me


Well, Malaysia soon will have new Perdana Menteri

The only PM that carry a sickness call TB

Bukan tubercolosis tetapi Takut Bini

The fat lady loves kissing actors from Hindi movie

A little bit short but has potent weapon for her enemy

Dont play play with this Roh Sir Ma soon to be First Lady

You’d better run for your life if that become reality

Oh ya ladies, please keep track of your hubby

Roh Sir Ma hubby known as kidnapper lately

Three ADUNS from Perak became victims already

Two male ADUN and a lady ADUN called He


So Mat John please look for a decent house in Sydney

I might have to migrate before they nab me


Keris Silau

6 March 2009

PPSMI

Salam semua ..

"SAYA kena dekat hidung, mata dan juga kena tolak. Rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa. Ini merupakan kali pertama saya terkena gas pemedih mata dan ia mungkin akan berlaku lagi kerana saya akan terus memperjuangkan misi membantah PPSMI selagi kerajaan tidak memansuhkannya, " kata Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI, Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said.

Semua orang rasanya maklum saya seorang pengarang sastera yang selepas pilihanraya umum lalu berasa tidak senang dengan semua parti politik yang ada. Justeru, secara peribadi saya merasakan; untuk menghubungkan tindakan pejuang bahasa yang membantah PPSMI dengan politik pembangkang seperti yang diusahakan oleh media elektronik dalam Buletin Utama dan Buletin 1:30 (Ahad lalu) memang dangkal.

Manipulasi sedemikian hanya akan menyebabkan pejuang bahasa dan intelektual Melayu semakin menjauhi pemerintah. Sesungguhnya kita tidak boleh menafikan yang isu bahasa adalah isu politik. Isu pendidikan adalah isu politik. Di Korea Selatan, Perancis, dan Jerman isu pendidikan adalah isu yang diketengahkan dalam pilihanraya dan selalu membawa pelajar dan pengajar ke jalan raya.

Lama dahulu sebelum saya menjelajah dunia sastera ini, ketika berguru dengan Pak Samad Said di celah-celah tiang Masjid Negara, sebelum mencicip kopi bersama Az di McGoo Deli, sambil menunggu Kak Shidah pulang dari kerja, Pak Samad memberitahu saya: "Untuk menguasai seni menulis itu mudah saja, bapak akan belikan buku-buku yang baik dan Faisal baca. Tetapi yang paling payah ialah menguasai seni bersikap."

Hari ini kita tahu mengapa Pak Samad menjadi ikon sehingga foto beliau dicetak pada t-shirt anak-anak muda yang turun ke jalan raya pada 7 Mac lalu. Seorang seniman hanya dapat dihormati dan dipercayai kerja-kerjanya apabila dia bersikap. Selagi tidak bersikap, kerja atau karyanya (waima menang hadiah) hanyalah satu karangan indah yang tiada makna.

Hayati sikap Datuk A Samad Said ini:

1. Setiap orang Melayu yang mencintai bahasanya harus membuang undi menyanggah pucuk pimpinan yang tidak melestarikan bahasa ibundanya. Ertinya kalau dimana-mana pun kalau ada calon yang menentang bahasa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak undi mereka. Kenapa kita mesti pilih orang yang mahu mengucupkan bahasanya. Kita ada undi, ajar mereka dengan undi kita.

2. Saya juga kecewa dengan kenyataan Menteri Pelajaran yang mengatakan dia malu bila pejuang bahasa pergi ke jalanan dan seharusnya menggunakan lorong-lorong tertentu. Pejuang bahasa memilih jalanan kerana sudah tidak ada lagi lorong-lorong yang boleh dimasuki.

3. Saya fikir pemimpin tertentu sahaja begini. Yang saya dengar kalangan akar umbi Umno juga menolak PPSMI. Tetapi bila yang berkuasa terlalu diberi kuasa maka jadinya pucuk pimpinan sentiasa benar. Pucuk pimpinan tidak bersedia untuk berkompromi. Saya fikir penghakisan pengaruh Umno antara sebabnya saya fikir kerana mereka terlalu bertelinga satu dan mereka terlalu berlidah dua.

Oleh kerana persidangan Agung Umno semakin hampir, setiap pemimpin Umno tidak mahu tersilap. Kalau tersilap mereka akan tersingkir lebih awal. Mereka mahu masuk dalam lingkungan itu hingga Mac. Di situ kita boleh lihat wajah sebenar mereka ini. Beruntunglah kalau benar-benar politik rasuah itu dapat disisihkan. Saya mahu lihat yang bukan RM200 ditangkap tetapi yang berjuta ringgit. Yang tangkap jumlah kecil ini cuma wayang gambar tetapi saya mahu lihat yang besar-besar juga ditangkap.

4. Memang ini penghinaan. Bukan saja penghinaan saya fikir ketidakyakinan dan tidak bersedia memartabatkan bahasa oleh pemimpin Melayu itu sendiri. Kalau orang lain atau bangsa lain tidak berbuat begitu, saya tidak kisah dan saya boleh tidur dengan lena. Tetapi yang mengecewakan saya adalah pemimpin Melayu itu sendiri tidak yakin dengan bahasanya.

5. Jadi memang sesuatu sudah terbuku di hati, sudah tetap mahu dilaksanakan supaya bahasa Inggeris itu dijadikan bahasa pengantar. Kalau Menteri Pelajaran kata ada lorong untuk diusahakan sebenarnya lorong itu sudah lama tiada maka sebab itu kami pergi ke jalanan.

6. Kalau dalam Gapena, saya fikir akhir-akhir agak samar. Saya tidak tahu apakah Gapena benar-benar menyokong perjuangan bahasa ini. Terakhir saya dengar Gapena mahu menyaman kerajaan. Saya tidak pasti sama ada itu satu pengucapan yang serius atau tidak. Memang tidak ternampak tokoh-tokoh Gapena berada di tempat-tempat yang sepatutnya. Contohnya di Sogo, saya tidak nampak, mungkin ada di belakang-belakang, saya tidak tahu tapi sepatutnya mereka ke depan.

Saya fikir penyertaan Gapena yang agak total perlu kerana mereka adalah gabungan penulis-penulis Melayu. Kalau tidak ke depan maka ia semacam ada yang tidak kena kerana mereka adalah induk jadi mereka perlu lebih ke depan.

Saya dengan rasa penuh hormat terhadap Professor Ismail Hussein dan rakan-rakannya menyatakan sikapnya dengan jelas dan total. Mereka mahu melestarikan bahasanya atau tidak.

7. Malah ketika dibawah pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun, beliau tidak cuba melestarikan bahasa. Dan itu tidak dilakukan. Dan saya tidak tahu apakah yang sudah tersusup dalam hati nurani mereka hingga mereka tidak percaya kepada bahasa mereka sendiri. Dikatakanlah bahawa bahasa Melayu itu kuat.

Pertanyaan saya, apakah yang dilakukan oleh elita kuasa Melayu ini untuk menguatkan bahasa Melayu? Apa yang saya nampak mereka semakin menguncupkan bahasa dan menghala kepada penazak bahasa dan akhirnya akan menjadi pengubur bahasa. Yang salah terbukti elita kuasa Melayu ini kerana tidak berusaha melestarikan bahasa Melayu. Yang kita dengar bahasa Melayu ini tidak cukup kuat untuk memberikan rezeki, apa ini? Yang memberikan rezeki itu Tuhan bukan bahasa. Dan ini adalah dosa-dosa bahasa orang-orang yang mengucupkan bahasa ini.

(Begitulah intipati wawancara Harakah dengan A Samad Said.)