Wednesday, August 26, 2009

Bila Alim Ulama Bersuara

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.

"Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam.

"Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam," kata beliau dalam kenyataannya.

Dalam masa yang sama "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun," kata beliau.

Abdul Hadi mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan.

Ia kini menjadi perdebatan umum dan menarik perhatian termasuk wartawan dari luar negara.

"Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya.

Mengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

"Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

"Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.

Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

"Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya � kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat," katanya.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 � 80 rotan jumlahnya, kata beliau.

Haramnya arak ini, katanya, adalah tidak mengira tempat � samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya � adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!






sumber:harakahdaily.net

Apa Nak Di Perkatakan Lagi..

Segala debaran dan penantian tlh pun di terjemahkan oleh para pengundi..
kemenangan menggamit lagi..momentum kemenangan terus di terjemahkan oleh rakyat malaysia yg marahkan cara UMNO/BN mengemudi negara..teman x nak kupaskan kemenangan calon PAS..
apa yg teman nak kupaskan adalah permasalahan jentera pilihanraya dalam berkempen..

rakan2 teman dari kalangan penulis blog..ada suarakan permasalahan ini yg mana teman lihat..
mungkin blom d tahap membimbangkan..tp jika tidak di tangani dengan bijak..ini boleh menikam diri sendiri..

apa yg rakan teman timbulkan ialah..cara pendekatan yg pada mata rakan teman tu(sbb dia byk ngikut jentera)..kurang mesra..yg mana masih lagi berpendirian bahawa..berkempen pd penyokong..tp tdk pada yg sebaliknya..bukankah ini satu kerugian..?
sehinggakan ada yg ngadu pd rakan teman ni..'mereka ni sombong'..tidak mesra..hanya yg ada lambang2 mereka..baru nak berkempen..tp tdk pd yg ada lambang2 mereka2 itu..

teman bukannya mahir dlm isu kupas mengupas ni..tp ini yg teman rasa patut para saf2 pemimpin tertinggi perlu ambil perhatian..

nak tulis lagi ni..tp mata dah x larat..hehehehehe..

Sunday, August 23, 2009

Kejap Mcm Tu Kejap Mcm Ni

hoh..x sampai brp hari buat kenyataan..tetiba dia bikin u-turn pulak..
mcm2..
sampai ke kl nu buat pc..apa kat penang x buleh ke..?
tapi rasa pelik pun ada..tetiba je pulak rasa menyesal ngan statement sebelum2 ni yg memburukkan kwn nye..
dan kini tetiba pulak menyesal..pelik sungguh..mcm apa yg berlaku d perak tempoh hari..
memula cakap gini..dah esok lusa..cakap gini pulak..
ada sesuatu ni..

Ini Yg Sebenarnya

ALOR SETAR, 23 Ogos: Setelah ugut mengugut sekian lama, akhirnya Adun Lunas, Mohd. Radzhi Salleh mengumumkan dirinya keluar dari PKR dan menjadi Adun bebas.

Menurut sumber, Mohd. Radzhi telah beberapa kali mengugut mahu meninggalkan Pakatan dan menyertai Umno, namun tidak pernah berbuat demikian sebelum ini. Dia juga didakwa beberapa kali berjumpa dengan Datuk Seri Mahzir Khalid bagi membincangkannya.

"Kegagalan paling besar Radzhi adalah membawa sebarang pengikut khasnya di kalangan Adun Pakatan Rakyat," kata Zulkifli Yahaya, Pengarah Penerangan kerajaan negeri Kedah.

Sebelum ini, Radzhi telah beberapa kali mengugut untuk meninggalkan PKR. Antaranya disebutkannya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak.

Media juga, termasuk TV3, telah beberapa kali menyiarkan berita tentang beberapa kes penyelewengan exco negeri Kedah namun tidak pernah didedahkan nama Exco berkenaan.

"Dan exco yang dimaksudkan oleh media sebenarnya adalah Radzhi," kata seorang pemimpin dari Kedah.

Radzhi dilaporkan membuat pengumuman di Kuala Lumpur keputusannya keluar dari PKR namun tidak menyatakan samada dia meletakkan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri atau tidak.

Radzhi adalah Ezco Pelancongan Kedah.

Azizan, semasa bercakap di Bukit Mertajam berkata, beliau akan menunggu keputusan dari PKR tentang kedudukan Exco yang dijawat Radzhi kerana ia hak parti itu dalam kerajaan negeri Kedah.

"Saya masih menunggu surat rasmi dari PKR mengenai kedudukan Radzhi dan jika pucuk pimpinan parti itu minta saya gantikan orang lain (Anggota Dewan Undangan Negeri dari PKR) maka saya akan ganti dengan orang lain.

"Setakat ini, saya cuma mendengar berita mengenai tindakan Radzhi yang keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas tetapi saya belum dimaklumkan oleh beliau sendiri," kata Azizan sebagaimana yang dilaporkan sebuah media. _


p/s:ini adalah petikan dari harakahdaily.net

Thursday, August 20, 2009

RAMADHAN AL MUBARAK

Setiap kali memasuki bulan suci Ramadhan di Jakarta yang selalu saya suka adalah tiba waktu berbuka. Bila saya mampir di Masjid Al-Azhar, Masjid Istiqlal atau Masjid manapun ada hidangan yang dibagikan secara gratis. Tentu saja di bulan suci Ramadhan adalah bulan kasih sayang atau istilah populernya disebut dengan al- Maidah al-Rahman.

Ada sebuah semangat dibulan Ramadhan yaitu kesadaran untuk berbagi kasih sayang tentunya agak sulit ditemukan pada bulan-bulan diluar bulan Ramadhan. Wujud kasih sayang berbentuk hidangan berbuka puasa yang diberikan cuma-cuma bukan hanya di masjid, banyak individu maupun perusahaan menyalurkan shodaqohnya untuk kaum faqir miskin, anak-anak yatim maupun mereka yang membutuhkan. Semangat ini lebih didasarkan kepada ada kasih sayang pada diri setiap insan yang menjalankan ibadah puasa.

Puasa bukan hanya menahan haus dan lapar namun juga tindakan-tindakan amal sholeh yang turut serta merasakan penderitaan orang lain. Selama bulan suci Ramadhan siapapun orangnya dengan status sosial, kedudukan dan pangkatnya harus melaksanakan ibadah puasa. Puasa menjadi landasan kesadaran untuk menyebarkan cinta dan kasih sayang bagi sesamanya.

Bulan Ramadhan sudah sepatutnya dihiasi dengan kasih sayang karena puasa menghadirkan kesabaran. Sebagaimana Sabda Baginda Nabi Muhamad SAW, 'Assyiamu nisfu sobri' berpuasa adalah sebagian dari kesabaran. Maka bagi kita yang menunaikan ibadah puasa hakekatnya untuk membangun kesabaran. Kesabaran inilah yang menjadi jati diri seorang muslim yang mampu merubah benci menjadi cinta.

Sudah sepatutnya di bulan yang suci Ramadhan sifat-sifat cinta dan kasih sayang pada diri kita mampu diwujudkan dalam hati dan perilaku sehari-hari. Dalam puasa merupakan arena tarbiyah Ilahiah untuk mengokohkan peradaban kesabaran. Puasa haruslah dapat mengerem pelbagai tindakan yang tidak terpuji. Mari dalam rangka menyambut bulan suci Ramadhan di bulan penuh berkah ini kita menyebarkan cinta dan kasih sayang kepada semua makhluk dimuka bumi agar puasa kita menjadi sempurna.

Wassalam,
agussyafii

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA PENDOKONG

Assalamualaikum kepada semua pembaca pembaca sekalian..
telah lama sy tdk menulis di dlam blog sy ni..kesibukan dengan tugas tugas seharian telah membataskan sy untuk terus lebih aktif dlm dunia penulisan blog..salah satu maklumat alternatif bagi mereka yg dahagakan maklumat maklumat semasa yg lebih telus dan berani..

Kali terakhir sy aktif dlm penulisan blog ni ialah semasa piliharan raya kecil bagi Parlimen Bukit Gantang..yg kni di sandang oleh Menter Besar Pilihan Rakyat iaitu Datuk Seri Ir, Muhamad Nizar Jamaludin..

Setahun telah berlalu dan kini Ramadhan Al Mubarak menjelma semula..bulan yg penuh dgn kebaikan dan merupakan satu bulan yg mana telah di janjikan olehNYA setiap amalan pahala yg di lakukan di bulan ini merupakan lebih tinggi balasannya..yg mana kebaikannya seumpama seribu bulan..ALLAHHUAKHBAR..

Bagi mereka yg beriman..bulan Ramadhan adalah bulan yg di nanti nanti kan kehadirannya kerana segala amalan pahala yg di lakukan amat tinggi ganjarannya..dan pada bulan ini lah segala pintu kebaikan di buka seluas luasnya..diturunkan segala RahmatNYA keatas hamba hambaNYA..

Semenjak dua menjak ni..terlalu banyak kontreversi yg melanda pakatan rakyat..yg mana jika tdk di tangani dengan berhemah akan menyebabkan apa yg di sepakati tempoh hari akan roboh dek kerana kebencian..ataupun teramat cemburunya pihak di sebelah sana pada kebangkitan rakyat..

Makanya di lakukan segala apa yg boleh untuk mengganggu gugat kestabilan di dalam barisan Pakatan Rakyat..dan seboleh bolehnya mahukan Pakatan Rakyat terus berkubur..
sememangnya pihak mereka ini seakan tidak boleh menerima penolakan rakyat terhadap pentadbiran mereka..sebolehnya mereka mahukan rakyat yg mengikut telunjuk mereka..agar mereka terus menerus boleh mengaut segala kekayaan untuk mereka sambil membiarkan rakyat terus teraniaya..

Sungguhpun begitu..pada pendapat sy..perlu ada satu badan atau satu sekreatariat yg blh membantu kesemua pemimpin pemimpin pakatan rakyat dlm memikul amanah yg tlh diberikan oleh rakyat..atau mungkin sudah ada cuma belum ke pengetahuan saya..

Ikutkan mmg banyak yg nk sy tulis..tp mata dah kuyu..hehhhehehehehe..

Sebelum berundur..Salam Ramadhan sy ucapkan kepada semua pendokong Pakatan Rakyat..
daripada pemimpin atasan sehinggalah kepada ahli ahli..yg bukan ahli..senang cakap..yg menyokong pakatan rakyat lerrr..

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK