Saturday, July 18, 2009

Mcm2 Hal..

dah lama sesangat rasanya teman x updatekan blog teman..
bukan saja nak update..log in pun dah lama x..hehehehehe..
bz sesangat ngan keje..
ni baru berkesempatan nak tulis semula..
teman pun da mula agak ketinggalandlm isu2 semasa dunia politik tanah air..
xpe..teman blh updatekan pengetahuan teman dlm isu2 semasa plitik tanah air..

Ulasan Dari Blog ABO..

ini adalah ulasan yg teman rasa terpanggil untuk d muatkan ke dalam blog teman..(paste dari blog ALBANJARI).. :-

Sanggahan pendapat dari saudara En disini. Fakta dan hujah oleh saudara jit tontoya pula dibawah. Kita kongsi bersama pendapat bernas dari mereka-mereka ini di pagi jumaat yang penuh barakah..teruskan membaca !!

salam, saudara en....?
Kita boleh saja berkata apa saja pd pimpinan kita kerana itu adalah hak kita. namun kekadang kita mungkin saja agak sedikit prejudis tentang penampilan pemimpin kita khususnya ketika mereka datang berkempen di MU.

Pada saya, saya melihat rata2 mereka kebanyakanya pimpinan dari kelantan hanya memakai kereta merce 230 E yg sekarang bernilai sekitar 30-50 ribu sahaja. saya kira berbanding dengan pimpinan UMNO yg datang dengan pelbagai kereta mewah yg jauh lebih mahal dan elit bagai langit dengan bumi. bahkan sesetengah pimpinan UMNo datang menggunakan khidmat helikopter. Keadaan ini jauh dari benarnya kenyataan saudara. sesetengah pimpinan kita menaiki pacuan 4 roda yg agak uzur. kalau kita menyelusuri secara jauh lagi, kereta2 penyokong PAS dan mungkin saudara sendiri jauh lebih mewah daripada apa yang digunakan oleh barisan pimpinan PAS kelantan.

Setiap apa yg diciptakan oleh Allah dimuka bumi ini pasti ada perbezaan yg tersendiri. Ada rakyat adalah rajanya. ada negara maka adalah penghuninya. ada pemimpin maka adalah penyokongya. begitulah lumrah hidup di dunia ini. kalau setiap orang ingin menjadi rakyat, siapa pula yg hendak memimpin dan kalau semua kita hendak jadi pemimpin siapa pula yg jadi rakyatnya. namun dlm pimpinan PAS, kebanyakan pemimpinya tidak mempunyai banyak protokol semasa ingin berurusan. Ini berbeza dengan pimpinan UMNO yg mempunyai seribu satu protokol bila hendak berurusan. Pernahkah saudara berjumpa dengan mana2 menteri atau Mb daripada umno. jika ya, tentu saudara tahu betapa peritnya melalui pelbagai temujanji. Ia jauh berbeza jika saudara ingin berurusan dgn pimpinan PAS khususnya dari kelantan.

TGNA tidak pernah berdendam pd UMNO sampai mati seperti tudahan saudara. beliau mengambil pendekatan berhati2 tentang tujuan UG. Mungkin saudara salah seorang penyokong UG. namun saudara juga harus mengkaji kenapa TGNA berhabisan menolak dan menentang UG. Bukankah PAS mengalami pengalaman yg luas ketika bersama UMNO. saudara bercakap seolah2 kita perpadu atas semangat bangsa..sedangkan islam bukan menyuruh kita untuk bersatu atas dasar Melayu. Lihat saja sejauh mana keikhlasan UMNO..dlm pada melontarkan perpaduan, tetapi terus berbuat zalim kepada rakyatnya. kerajaan negeri yg tidak ditadbirnya dianak tirikan. renung saja kelantan yg dinafikan royalti minyaknya...bersatu tahik kucing sebegini...!!!!

sdra,

Secara purata setiap org pengundi yg menyokong umno ditawarkan hampir 1000.00 seorang di MU. bayangkanlah dengan duit sebanyak itu, apatah lagi ketika ditengah2 bulan yg sememangnya duit kekeringan, nilainya mungkin agak besar pd sesetengah org patah lagi untuk org kampung. tambahan pulqa dengan pelbagai janji dantawaran..siapa yg tidak tergoda.

Mungkin pengundi muda di MU, memikirkan undi mereka tidak menjejaskan kerajaan kelantan dan mengambil kesempatan mengundi untuk jambatan dan projek agrotek di kampung mereka. mereka ingin mengadu nasib tanpa mereka sedari bahawa umno MUNGKIN mempermainkan emosi mereka. Lihat saja di Pengkalan Pasir Pasir Mas yg dimenangi UMNo ketika PRk suatu ketika dahulu. pelbagai janji projek pembagunan dijanjikan. namun sehingga kini pengkalan pasir masah sama seperti sebelum prk. jadi benarkah janji mereka.

Apakah kerajaan kelantan gagal membangunkan kelantan. jawapanya tidak. jika saudara bandingkan dengan kuantan dan kuala terengganu, pembangunan di kelantan jauh lebih maju. terfikirkah saudara bagaimana TGNA bertungkus lumus membangunkan kelantan dalam keadaan kekangan Kuala Lumpur dan dianaktirikan dalam segenap hal. dengan peruntukan diberi melalui JPP, apakah yg dapat kerajaan kelantan buat. Mengharapkan kutipan cukai dan hasil berjimat cermat, kerajaan kelantan membangunkan kelantan mengikut acuan tersendiri. Hutang kerajaan negeri makin berkurangan berbanding negeri2 umno yg hutangnya meningkat dan terus meningkat..

jadi..sekiranya saudara jadi pemimpin, apakah saudara mampu memimpin kerajaan yg selalu di anaktirikan selama hampir 20 tahun?