Thursday, January 28, 2010

Apakah Keputusannya February Ini?

Salam para pelawat dan pembaca blog teman nih..
dah lama sangat rasanya teman x menulis dlm blog teman ni..
bukan x ingin cuma x berkesempatan..lagi pulak pelbagai isu2 semasa telah d kupas oleh rerakan bloggers yg lain..

Ok..kini semua pemerhati politik tanah air akan tertumpu pada keputusan mahkamah antara dua MB..satu dari Pakatan Rakyat dan satu lagi dari BN..

Teman x nak membincangkan tentang keputusan mahkamah..apa yg teman nak bincangkan ialah selepas keputusan itu d ketahui..apakah tindakan kita..apakah respon para pemimpin politik kedua dua belah pihak..

Jika Keputusan Memihak Pada DSN..

jika ini yg terjadi..teman cadangkan agar d adakan sujud syukur..yg lebih afdal..sbb lately ni teman tgk agak kurang kita melakukan sujud syukur bila apa2 keputusan memihak di sebelah DSN..jgn kerana terlalu gembira..kita lansung lalai..

keduanya..apakah perlu d bubarkan terus DUN..?rakan teman ada menyatakan tdk perlu..
rasionalnya tindakan ini ialah..perlu adanya taklimat pada semua ketua jabatan2 kerajaan negeri..dan apa jua ketua yg d bawah kuasa kerajaan negeri..dan perlu d beri tempoh bertenang..sekurang kurangnya 3 hari..lps tu baru blh d bubarkan DUN..jika kegopohan kita utk membubarkan DUN..

sebetulnya ada banyak lagi yg teman nak nyatakan di sini..tp dua perkara ini adalah tindakan spontan yg blh kita lakukan..jika keputusannya menyebelahi DSN..apa pun kita tunggu keputusannya nanti..

salam..

Monday, January 25, 2010

SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM

Ertinya:

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang­orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
S
eorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud

PEPERANGAN DI KAWASAN SUNGAI FURAT (IRAQ) KERANA MEREBUT KEKAYAAN

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; 'Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan; "Sudah dekat suata masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu".