Thursday, August 20, 2009

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA PENDOKONG

Assalamualaikum kepada semua pembaca pembaca sekalian..
telah lama sy tdk menulis di dlam blog sy ni..kesibukan dengan tugas tugas seharian telah membataskan sy untuk terus lebih aktif dlm dunia penulisan blog..salah satu maklumat alternatif bagi mereka yg dahagakan maklumat maklumat semasa yg lebih telus dan berani..

Kali terakhir sy aktif dlm penulisan blog ni ialah semasa piliharan raya kecil bagi Parlimen Bukit Gantang..yg kni di sandang oleh Menter Besar Pilihan Rakyat iaitu Datuk Seri Ir, Muhamad Nizar Jamaludin..

Setahun telah berlalu dan kini Ramadhan Al Mubarak menjelma semula..bulan yg penuh dgn kebaikan dan merupakan satu bulan yg mana telah di janjikan olehNYA setiap amalan pahala yg di lakukan di bulan ini merupakan lebih tinggi balasannya..yg mana kebaikannya seumpama seribu bulan..ALLAHHUAKHBAR..

Bagi mereka yg beriman..bulan Ramadhan adalah bulan yg di nanti nanti kan kehadirannya kerana segala amalan pahala yg di lakukan amat tinggi ganjarannya..dan pada bulan ini lah segala pintu kebaikan di buka seluas luasnya..diturunkan segala RahmatNYA keatas hamba hambaNYA..

Semenjak dua menjak ni..terlalu banyak kontreversi yg melanda pakatan rakyat..yg mana jika tdk di tangani dengan berhemah akan menyebabkan apa yg di sepakati tempoh hari akan roboh dek kerana kebencian..ataupun teramat cemburunya pihak di sebelah sana pada kebangkitan rakyat..

Makanya di lakukan segala apa yg boleh untuk mengganggu gugat kestabilan di dalam barisan Pakatan Rakyat..dan seboleh bolehnya mahukan Pakatan Rakyat terus berkubur..
sememangnya pihak mereka ini seakan tidak boleh menerima penolakan rakyat terhadap pentadbiran mereka..sebolehnya mereka mahukan rakyat yg mengikut telunjuk mereka..agar mereka terus menerus boleh mengaut segala kekayaan untuk mereka sambil membiarkan rakyat terus teraniaya..

Sungguhpun begitu..pada pendapat sy..perlu ada satu badan atau satu sekreatariat yg blh membantu kesemua pemimpin pemimpin pakatan rakyat dlm memikul amanah yg tlh diberikan oleh rakyat..atau mungkin sudah ada cuma belum ke pengetahuan saya..

Ikutkan mmg banyak yg nk sy tulis..tp mata dah kuyu..hehhhehehehehe..

Sebelum berundur..Salam Ramadhan sy ucapkan kepada semua pendokong Pakatan Rakyat..
daripada pemimpin atasan sehinggalah kepada ahli ahli..yg bukan ahli..senang cakap..yg menyokong pakatan rakyat lerrr..

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

No comments: